Assalammualaikum
Selamat petang semua!!^_^
Yatt sebenarnya ada satu cerita nak kongsikan bersama korang. Masa 1 Mei 2012 hari tu, adik Yatt excident. Kereta langgar adik Yatt. Alhamdulillah sebab adik Yatt selamat. Cuma tulang belakang dia patah. Yatt harap sangat dia cepat sembuh.
Sepanjang dia sakit, kawan-kawan dia tak putus-putus datang. Tak cukup jaga adik Yatt siang malam kat hospital, diorang sanggup bermalam kat rumah Yatt sebab nak temankan adik Yatt. Semalam adik Yatt dah dibenarkan balik rumah.
Persoalannya sekarang, kalau korang, korang akan jumpa tak kawan-kawan yang macam tu? Yatt memang puji sangat kawan-kawan adik Yatt sebab time adik Yatt tengah susah, dia sanggup berkorban macam tu sekali.
Bukan senang kita nak cari kawan yang macam tu. Lagi-lagi zaman sekarang. Maksud Yatt bukannya semua orang macam tu. Mungkin hanya segelintir sahaja.
Dari apa yang Yatt tengok kat kawan-kawan Yatt, dalam diri diorang penuh dengan nilai persahabatan. Best nya kalau dapat kawan macam tu kan. Time kita susah, dia tak jemu tolong ringankan beban. Kalau ada masalah, dia tak jemu mendengar penderitaan kita.
Yatt bersyukur sangat kawan-kawan adik Yatt macam tu. Sekurang-kurangnya, adik Yatt tu tak nampak sedih masa dia sakit. Sekarang ni dia nampak happy je dengan kawan-kawan dia walaupun dia sakit.
P/S : Korang pulak jenis sahabat yang macam mana??
***Thank You For Reading This Entry***

No comments:
Post a Comment