Monday, March 11, 2013

Sakitnya Hati Bila Kebolehan Kita dipertikaikan Dan Dipermainkan..

Assalammualaikum

Apa perasaan kita bila kebolehan kita dipertikaikan?? Bukan itu sahaja, ditambah lagi dengan dipermainkan??? Grrr!!!! Sakit giler hati ni..

Mentang-mentanglah yatt ni nampak kecik macam budak sekolah, diorang boleh pandang rendah pada kebolehan yatt. Kenapa perlu ukur kebolehan seseorang itu daripada luaran dari dalaman????

Bukan sekali dua yatt kena macam tu. Dah banyak kali dah kena. Sakit sangat hati ni.. Lagi tambah sakit bila diorang saja2 je permainkan kebolehan kita. Dah tak percaya tu dahlah... Ni siap nak permainkan orang tu kenapa???

Tak apalah kan... Suka hati dialah nak cakap apakan... Kita bukannya ada alat dah stop kan apa yang diorang buat. Pada yatt, biarlah Allah je yang balas segala apa yang diorang dah buat kat yatt. Niat yatt ikhlas atas apa sahaja yang yatt lakukan...


p/s : Ok, nak tidur dulu... Good Night!!^_^

Saturday, March 9, 2013

Kenapa Kita Perlu Bersedih Dengan Kebahagiaan Orang Lain??


Assalammualalikum

sebelum ni yatt pernah buat post pasal kenapa kita rasa iri hati dengan kelebihan orang lain kan.. Tapi, hari ni yatt nak cerita pulk pasal tajuk tu juga lah tapi ini berkenaan lain sikit.

Yatt tak tahulah apa masalwh yatt.. Setiqp kali tengok kebahagiaan or kelebihan orang lain, yatt mesti jealous.. Kenapa ye?? Perasaan tu normal ke??

Baru2 ni, kawan2 office yatt nak kahwin . Serentak pulak tu.. Kadang yatt terfikir, bilalah yatt nak kahwin.. Memanglah mulut yatt cakap x nak kahwin dulu tapi jauh di hati yatt sebenarnya nak juga macam diorang. Yatt cakap macam tu sebab yatt malulah nak berterus terang. Diorang dah jumpa kebahagiaan yang selama ni diorang cari. Tapi, yatt bila lagi????

Selepas solat, yatt selalu berdoa semoga suatu hari nanti yatt akan temui kebahagiaan yang selama ini yatt cari.

Bila perasan jealous tu datang je, yatt akan cepat2 ingatkan diri yatt yang itu memang kebahagiaan yang dah Allah tentukan untuk dia. Mungkin kebagiaan dia cepat..

Tak apalah.. Mungkin Allah dah tentukan yang inilah yang terbaik untuk yatt.. So, yatt redha dengan ketentuan Allah..

Apa2 pun, yatt tetap doakan yang terbaik untuk kawan2 yatt.. Yatt doakan semoga korang semua berbahagia hingga ke akhir hayat.. Sayang korang...^_^


p/s : Andai kata hadirnya seorang lelaki dalam hidup yatt, biarlah dia hadir dengan membawa gelaran sebagai seorang 'SUAMI' untuk yatt.. Doakan yatt ye...

Thursday, March 7, 2013

Nak Teddy Bear Besar Tu!!!!!!!

Assalammualaikum

Tadi masa yatt tengah online, yatt terjumpa sesuatu... Yatt jumpa ni... Jeng... Jeng... Jeng....

Kalau nak tahu, klik kat SINI...

Kalau boleh, yatt nak teddy bear tu... Besar giler!! Tak pernah yatt jumpa teddy bear besar tu... Nak beli, mahal sangat walaupun dah diskaun... Bilalah yatt dapat teddy bear besar tu kan??? Agaknya dalam mimpi je kot... Hmmmmmm.....


p/s : Ok! Nak tengok tv...Bye2...^_^