Assalammualaikum
Hari ni yatt nak ceritakan satu cerita yang selama ni yatt pendamkan. Selama hampir 6 tahun yatt pendam sorang2. Tak ada sesiapa pun tahu kecuali kawan baik yatt je. Tapi, sekarang yatt rasa, yatt dah boleh berkongsi cerita dengan dengan orang lain.
Sebenarnya, yatt baru je sampai rumah. Tadi yatt pergi jemputan kahwin seseorang. Sampai rumah je terus on laptop sebab nak update pasal something. Seseorang yang yatt maksudkan tu sebenarnya secret admirer yatt.
Setiap orang mesti ada secret admirer masing2 kan?? Macam yatt juga. Yatt jumpa dia masa umur yatt 17 tahun. Selama 17 tahun yatt hidup, dah macam2 jenis lelaki yang yatt jumpa. Tapi, perasaan yatt tetap sama. Yatt tak rasa apa2 pun pada diorang. Tapi, bila pertama kalinya yatt jumpa dia ni, hati yatt rasa lain sangat. Sebelum ni tak ada la macam tu dengan mana2 lelaki. Tiba2 rasa macam malu dengan dia. Padahal yatt tak pernah pun bercakap dengan dia. Itulah pertama kali yatt tengok dia. Yatt tengok dia pun dari jauh je. Dia tu sebenarnya kawan abang yatt.
Mesti ada yang tak percaya bila yatt katakan yang yatt langsung tak pernah bercakap dengan dia kan. Tapi itulah hakikatnya. Yatt malu nak dekat dengan dia. Yatt hanya mampu tengok dia dari jauh je. Kalau bertembung mata dengan dia pun, yatt mesti cepat2 tengok tempat lain. Yatt rasa lain sangat dengan dia. Yatt memang mengaku yang yatt tak pernah bercinta seumur hidup yatt lagi. Tapi bila tengok dia je, tak tahulah nak cakap macam mana perasaan ni. Agaknya macam tu kot perasaan orang jatuh cinta. Masalahnya yatt ni jatuh cinta ke?? Baru sekarang yatt faham orang cakap yang 'umpama dunia ni ana yang punya'... Hehehe.... Mesti ada yang terguling-guling gelakkan yatt.
Masa mula jumpa dia tu, hati yatt kuat katakan yang dia tu jodoh yatt. Tak tahu la kenapa. Memang rasa lain sangat. Tapi, mesti dia ingat yatt sombong sebab setiap kali dia pandang yatt, yatt mesti cepat2 pandang tempat lain. Sampaikan masa makan semeja dengan family yatt, yatt langsung tak pandang muka dia. Mesti dia terasa hati. Mesti lepas ni dia benci yatt kan....
Nak tahu tak sebab apa yatt buat macam tu?? Yatt memang tak pernah bercinta. So, yatt tak tahu macam mana nak mulakan dulu. So, yatt ambik langkah berhati-hati. Yatt tak nak la bila suatu hari nanti yatt dah betul2 suka kat dia, and then dia kahwin lain. Kan akan frust menonggeng nanti. Yatt pernah dengar orang cakap yang bila kita suka kat seseorang, kita jangan bagi sepenuh hati kita. Dan benda tu la yang yatt cuba pertahankan.
Dari dulu lagi yatt ada prinsip tentang perasaan yatt. Yatt memang tak pernah bercinta tapi biarlah cinta pertama dan terakhir yatt adalah suami yatt sendiri. Siapa bakal suami yatt tu, hanya Allah je yang tahu. Andai kata suatu hari nanti hadirnya seorang lelaki dalam hidup yatt, biarlah dia hadir selepas membawa gelaran 'suami' yatt sahaja. Sebab tu la yatt cuba elakkan diri dari dia walaupun perasaan yatt mendesak sangat. Pada yatt, cinta selepas kahwin tu lagi indah dari sebelum berkahwin.
Boleh di katakan, setiap hari yatt nak tahu pasal perkembangan diri dia. Yatt sanggup menyamar buka lagi satu account kat FB supaya yatt boleh tahu perkembangan diri dia. Sampai sekarang setiap hari yatt akan buka wall FB dia untuk tahu perkembangan diri dia.
Selama ni semua orang tak tahu pasal perasaan yatt. Yang tahu hanya kawan baik yatt je. Kawan yatt pun pelik kenapa yatt suka sangat kat dia. Ok yatt akui yang dia tak la sehandsome Aaron Aziz or pelakon artis Malaysia la. Pada yatt, dia memang tak handsome tapi yatt tak tahu kenapa yatt suka sangat tengok muka dia. Kat muka dia tu macam ada aura yang buatkan yatt nak tengok je. Lagi 1 sebab yatt suka kat dia sebab attitude dia. Attitude dia la yang jarang ada kat lelaki lain. Dia kerja pun, kerja biasa je. Kerja sebagai mekanik kat bengkel. Dia ada juga la kekurangannya. Tapi yatt tak kisah pun.
Dan sekarang, dia dah pun menjadi hak orang lain. So, yatt ko kena lupakan dia!! Ingat tu yatt!!
Sedih tu memanglah sedih. Sampaikan yatt pernah 2 kali menangis sebab dia. Yatt nangis sebab masa tu yatt tahu yang dia dah nak bertunang. Tapi bila difikir-fikirkan balik, macam bodoh pulak tindakan yatt tu.
Masa dia bagi kad kahwin dia, yatt langsung tak baca sebab yatt rasa sedih sangat tengok kad kahwin. Dan masa majlis tadi, keluarga yatt semua tengok pelamin. Diorang cakap pelamin dia cantik. Diorang ada suruh yatt tengok tapi yatt tak nak sebab yatt sedih sangat.
Yatt pernah dengar juga la orang cakap, kalau betul kita sayangkan seseorang, kita relakanlah kuputusannya demi untuk kebahagiaan dia. Mungkin Allah dah tentukan yang dia bukan jodoh yatt. So, yatt kenalah terima.
Dan sekarang yatt dah boleh terima dengan hati yang redha. Yatt sentiasa doakan semoga dia bahagia dengan pasangan pilihannya hingga ke akhir hayat n dikurniakan dengan anak2 yang ramai dan comel sebab dia suka dengan budak2.
Ada masa memang yatt sedih sangat. Rasa macam nak nangis je sebab susah nak jumpa lelaki macam tu. Beruntung perempuan tu dapat dia. Lagi pun yatt bersyukur sangat yang dia bukan jodoh yatt. Sebab yatt takut yatt tak dapat bagi kebahagiaan yang dia cari selama ni. Dan yang paling penting sekali, yatt tak cantik la kalau nak dibandingkan dengan dia. Macam aur dengan tebing. Pasangan dia sekarang ni sesuai sangat sebab perempuan tu cantik. Pandai dia pilih.
Panjang giler post yatt ni... Ni pun kira sikit yatt cerita. Sebenarnya banyak lagi yatt nak cerita tapi tak tahu la kenapa macam beku pulak idea ni. Tadi sepanjang perjalanan nak balik, rasa macam nak tulis macam2. Ok la... Kalau ada perkembangan dia lagi, yatt akan ceritakan..
p/s : Doakan yatt semoga suatu hari nanti yatt akan jumpa orang macam tu k...^_^